Skip to main content

Pengenalan Subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran (KPD 3026)

Pengenalan Subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran (KPD 3026)

Kursus ini adalah salah satu kursus profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan Kepujian). Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengajaran yang merangkumi aspek dan gabungjalin pengetahuan isi kandungan, kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat refleksi dan menjalankan kajian tindakan. Dalam kursus ini juga bakal diajar pada mahasiswa dan mahasiswi Kesusasteraan Melayu tentang gaya dan cara mengajar subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kursus ini mengukuhkan lagi  kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. 

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan dan Komen oleh Juri dan Pensyarah Ulasan dan komen oleh juri dan pensyarah subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 terhadap simulasi pengajaran menggunakan kemahiran peneguhan. Ulasan daripada saudara Azam Supian Ulasan daripada Saudari Fitri Liyana  Ulasan daripada pensyarah terhadap rancangan pengajaran harian yang digunakan

PROGRAM

PROGRAM 1: CAKNA PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU Program ini telah dijalankan pada 3 Mei 2018 iaitu hari khamis dan bertempat di bilik Seminar Rafflesia, Pusat pelajar UPSI. Penceramah iaitu Puan Faridah binti Mohd Shreef, Guru di SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. PROGRAM MEMPERKAYA INOVASI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU Program ini telah dijalankan pada 28 Mei 2018 iaitu hari isnin dan bertempat di Dewan Kuliah Pusat G. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Azizah binti Sarkawi iaitu Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG  Kampus Darul Aman Jitra, Kedah.